ArtistInfo Logo  ArtistInfo

Artist Portrait

Noraniza Idris

voc, US
Singer of World and Pop

Nor Aniza Binte Haji Idris or better known as Noraniza Idris in the Malaysian music industry, is known in her home country as the Queen of Malay Traditional Pop Songs. The genre she plays is known as Irama Malaysia, which fuses local traditional genres with Anglo-American pop music. Lyrically, her music includes references to the revival of traditional Malay music. She began her career as a wedding singer, and soon found herself in the recording studio after participating the Bintang RTM (a talent search singing contest) in 1985. Noraniza Idris adalah penyanyi popular Malaysia yang merupakan salah seorang penyanyi Malaysia yang berjaya melahirkan album solo di setiap 4 dekad berturut selain M Nasir, Anita Sarawak, Sharifah Aini, Khatijah Ibrahim, Jamal Abdillah dan Ramlah Ram. Nor Aniza Binti Haji Idris @ Noraniza Idris dilahirkan di Kampung Melayu, Kluang Johor. Anak kepada penyanyi boria dan qariah Al-Quran ini, ialah anak keenam daripada dua-belas adik beradik. Berpendidikan rendah di Sekolah Tengku Mahmud 1, Kluang dan seterusnya melanjutkan pengajian di Sekolah Tinggi Kluang. Noraniza Idris telah menyertai Bintang RTM pada tahun 1983 dan 1985 sebelum merakamkan lagu dalam album. Ketika menjalani rakaman peringkat awal Bintang RTM 1985, Hamidi Rashid, Pengurus Artis dan Reportaire Life Record pada masa itu, tertarik dengan kelunakan suara Noraniza Idris. Dia lalu mendekati Noraniza dan ayahnya, Idris Ahmad, ketika kedua-dua anak beranak itu menikmati juadah di kantin Angkasapuri. Hamidi menawarkan Ani menjadi artis syarikat rakamannya. Ini peluang keemasan biarpun pertandingan Bintang RTM belum selesai. idris setuju Ani menjadi artis rakaman.Pada separuh akhir Bintang RTM 1985, Noraniza gagal lagi namun ia tidak menangis seperti ketika kegagalan 1983.Mungkin dia sudah dewasa. Tambahan pula kehadiran Hamidi bagaikan ubat yang dicari selama ini. Ani beruntung dapat merakam suara untuk album lagu-lagu daripada filem bersama penyanyi terkenal lain berjudul Melayu Deli. Sejak itu, Ani terus diberi peluang merakamkan satu demi album bersama Life Records. Bermula dari situ, Noraniza Idris telah membentuk imej dan personalitinya sebagai seorang penyanyi. Setelah Melayu Deli, Noraniza Idris merakamkan album Kaparinyo : Seleksi Lagu-lagu Dari Filem dan Nostalgia Malindo sebanyak 3 Volume. Popularitinya semakin meluas apabila beliau merakamkan pula lagu-lagu sendiri menerusi 3 buah album pop Melayu Mengemis Rindu, Inginku Sandarkan Harapan dan Masihkah Dirimu Menyayangiku. Noraniza mula mengikat kontrak bersama syarikat rakaman antarabangsa Sony Music pada 1991 sekaligus berpeluang bekerjasama dengan penerbit terkenal Ramli M.S.. Album perdananya bersama Sony adalah sebuah album duet bersama penyanyi pop terkenal Ibnor Riza yang berjudul Seindah Budimu. Setelah itu beliau mula merakamkan lagu-lagu dari filem Melayu klasik menerusi album Lagu-lagu dari Filem dan Kenangan Lama, sebanyak 9 Volume bersama Abdullah Chik setelah gandingan bersam Ibnor tidak mendapat sambutan menggalakkan berbanding dengan Abdulah. Sony seterusnya menerbitkan album pop etnik berjudul Noraniza Idris pada 1992 terbitan Ramli M.S bersama Jimmy Ali yang mula membuka jalan kepada Noraniza untuk mencuba muzik etnik kontemporari. Walaubagaimanapun, album ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan ekoran pasaran muzik tradisional masih berada di tahap konvensional. Selepas album tersebut, Noraniza masih aktif menyanyi bersama Abdullah Chik tambahan beliau telah keluar dari Sony Music. Namun pada 19 September 1995 ketika bersama menjayakan sebuah pertunjukan pentas di Kota Bharu, Kelantan, Abdullah Chik jatuh di belakang pentas lalu menghembuskan nafas terakhir, yang kemudiannya disahkan akibat serangan jantung. Jenazah Abdullah Chik dibawa ke Kuala Lumpur dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Petaling Jaya. Sejak itu Noraniza sedikit murung dan tidak bersemangat untuk terus memperjuangkan irama tradisional Melayu. Setelah tiga tahun menyepi kerana memberi perhatian terhadap keluarga, akhirnya pada tahun 1997, Noraniza Idris telah melahirkan album eksperimental yang bercorak pop tradisional, Pertemuan beliau bersama penerbit album tradisional terkenal Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah ternyata memberi tuah. Maka lahirlah album Ala Dondang yang diterbitkan atas kepercayaan Suria Record (SRC). Memandangkan sambutan yang menggalakkan, beliau terus kekal merakamkan album-album yang berirama tradisional Malaysia seperti Masyhur dan Seri Balas. Noraniza diiktiraf sebagai pelopor kepada irama Pop Etnik dan Tradisional kerana berani menerbitkan album tradisional secara tidak konvensional seperti sebelum ini. Pada album yang berikutnya, Noraniza Idris telah membuat satu pembaharuan pada album beliau dengan menyelitkan lagu yang berunsurkan peribumi tradisional. Maka terbitlah lagu Ngajat Tampi (ciptaan Rosli Selasih/Siso) dalam album Bekaba. Seterusnya Noraniza terus melahirkan album-album yang banyak bereksperimen dengan muzik sejagat hingga diberi gelaran Ratu Pop Tradisional. Pada tahun 2006, Noraniza Idris telah menerbitkan sebuah album kompilasi khas untuk menandakan 20 tahun penglibatan beliau dalam industri muzik ini, iaitu Lenggok 20 Tahun. Album ini juga sempat memuatkan sebuah lagu lama yang diolah semula, Dayung Sampan, dengan menampilkan pemain erhu, He Yun yang didatangkan khas dari Negara Cina. Pada tahun 2008 menyaksikan Noraniza diberi penghormatan apabila lagu-lagunya nyanyian dipilih untuk mewakili konsep muzik Melayu Kontemporari dalam pertandingan realiti Sehati Berdansa Musim 2. Lagu-lagunya dipilih untuk persembahan tarian oleh kesemua peserta program tersebut(yang terdiri daripada pasangan selebriti Malaysia). Noraniza menerbitkan album Cintaku Satu pada 2010 yang menyaksikan beliau bekerjasama dengan penyanyi-penyanyi baru seperti Jaclyn Victor, Marsha Milan Londoh dan ramai lagi. Isi kandungan [sorokkan] 1 Album 1.1 Album Solo 2 Anugerah / Pencapaian 2.1 Anugerah utama 2.2 Anugerah Industri Muzik 2.3 Anugerah Juara Lagu 2.4 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2.5 Anugerah lain 3 Penglibatan 4 Jawatan Disandang 5 Laman Web Album[sunting sunting sumber] Rencana utama: Diskografi Noraniza Idris Album Solo[sunting sunting sumber] Kaparinyo (1986) Nostalgia Malindo (1987) Mengemis Rindu (1987) Inginku Sandarkan Harapan (1988) Masihkah Dirimu Menyayangiku (1990) Noraniza Idris (1992) Ala Dondang (1997) Masyhur (1998) Bekaba (1999) Iktiraf (2000) Aura (2002) Sawo Matang (2004) Lenggok (2006) Cintaku Satu (2010) Primadona (2013)

     
Genres
  • World
  • Pop
  • Folk
Popular Tracks   
Hati Kama on Seri Balas by Noraniza Idris & Dato' Sri Siti Nurhaliza
Dikir Puteri on Mashyur by Noraniza Idris
Ngajat Tampi on Bekaba by Noraniza Idris
Tinting on Bekaba by Noraniza Idris
Awallah Dondang on Ala Dondang by Noraniza Idris
Dondang Dendang on Seri Balas by Noraniza Idris & Dato' Sri Siti Nurhaliza
Ya Salam on Iktiraf by Noraniza Idris
Aidilfitri Di Alaf Baru on Lebaran Bersama Siti & Teman-Teman by Dato' Sri Siti Nurhaliza
Zapin Pusaka on Mashyur by Noraniza Idris
Empat Dara on Iktiraf by Noraniza Idris

Track list and 30sec audio provided by

Discography


Title Artist Year Type
Permata SaadahNoraniza Idris2017Single
Kalimah LebaranNoraniza Idris, Razis Ismail, Azmir Arif, Ihab Ismail2014Album
Kau Bintang Ku- Koleksi 30 Lagu Lagu AbadiNoraniza Idris2014Compil.
Revival 80'anNoraniza Idris2012Compil.
Cintaku SatuNoraniza Idris2011Album
Primadona - Dekatlah PadakuNoraniza Idris2011Single
Lenggok 20 TahunNoraniza Idris2006Compil.
Melayu DeliDayangku Aminah, S. Jibeng, Sham, Noraniza Idris2004Compil.
The Best Of Ratu Pop TradisionalNoraniza Idris2004Compil.
Sawo MatangNoraniza Idris2004Album
Persembahan :- Noraniza Idris Dengan Lagu Lagu MalindoNoraniza Idris2003Compil.
AuraNoraniza Idris2002Album
IktirafNoraniza Idris2000Album
Seri BalasSiti Nurhaliza, Noraniza Idris1999Album
BekabaNoraniza Idris1999Album
MolekSiti Nurhaliza, Liza Hanim, Noraniza Idris1998Compil.
The Best OfNoraniza Idris1998Compil.
MashyurNoraniza Idris1998Album
Nostalgia MalindoNoraniza Idris1998Compil.
Ala DondangNoraniza Idris1997Album
Lagu-lagu Dari Filem & Kenangan Lama Vol.10 - Semenjak Kita BerpisahNoraniza Idris1996Album
Lagu-lagu Dari Filem & Kenangan Lama Vol.9Abdullah Chik, Noraniza Idris1994Album
Noraniza IdrisNoraniza Idris1992Album
16 Pujaan MalindoNoraniza Idris1990Compil.
External Links
Wikipedia Logo Wikipedia  Wikipedia Logo Wikipedia  Discogs Logo Discogs  iTunes Logo iTunes  Spotify Logo Spotify  
ArtistInfo App
ArtistInfo for iOS and ArtistInfo for Mac are presenting musicians, composers and producers that are envolved in the musical work that you are listening to in Apple Music, iTunes, or Spotify. Discover new music via the network among artists. Manage your favorite musicians and albums via iCloud and share recommendations with your friends via email, AirDrop, or Social Media.

App Store Logo     Mac App Store Logo

Acknowledgements
To all the music fans that are contributing on Discogs, MusicBrainz and Wikipedia. Thanks to Franz Flückiger for providing Storygram used to visualize band membership.
ArtistInfo for Mac, iPad, and iPhone
ArtistInfo App
Universal Link: https://music.metason.net/artistinfo?name=Noraniza%20Idris
ArtistInfo Community
Most seen topics within ArtistInfo:

Top 10 Artists    Top 20 Albums
 
What others are currently looking for:

Recent Artists    Recent Albums

ArtistInfo Logo ArtistInfo by Metason © 2015-2020 Metason Logo