ArtistInfo Logo  ArtistInfo

Artist Portrait

Sweet Charity

Band,
Rock

Kumpulan Sweet Charity sebuah kugiran yang mula ditubuhkan di Singapura pada tahun 1967 oleh anggota asalnya iaitu Ramli Sarip (Vokal),Rosli Mohalim (Lewat 70'an Gitar) Joe Salim(Gitar), Wahid Warren(Bass), Rahman Sarbani (Drum) Sweet Charity banyak mengadakan Roadshow di FunFair di seluruh Singapura dlm tahun 70an-80an,dan Sweet Charity jugalah yang mempopularkan muzik rock sehingga mereka dilabel sebagai Deep Purple dan Santana Singapura. Kebanyakkan kumpulan rock generasi baru seperti Search, Lefthanded dan lain lain yang seangkatan menjadikan lagu-lagu Sweet Charity sebagai lagu awal mereka sebelum meneroka jauh ke bidang muzik rock tanahair. Lagu-lagu seperti Kamelia, Teratai, Sejuta Wajah, Hilang Gelap Terbitlah Terang cukup memberikan kesan yang begitu mendalam terhadap industri rock yang baru menapak di rantau sini ketika itu. Menjadi masyhur di Nusantara melalui lagu Kamelia (lagu asal Ebiet G. Ade) yang telah diberi suntikan irama yang lebih 'keras' dengan suara nyaring dan serak basah Ramli Sarip.Sweet Charity juga terkenal dengan road show mereka di seluruh negara pada 1985 bersama Kumpulan Blues Gang yang ditaja oleh pengeluar kasut North Star. Walaupun membawa imej rock ala Deep Purple tetapi mereka amat kuat berpegang pada agama Islam, pernah terjadi di satu show di Ipoh , seorang promoter konsert telah menyuruh seorang budak menghantarkan arak sebagai hadiah dari promoter, tetapi alangkah terkejutnya budak itu kerana didapati ahli kumpulan Sweet Charity sedang solat @ sembahyang berjemaah sebelum konsert bermula. Pada tahun 1986, Sweet Charity juga turut membintangi filem yang bertemakan cetak rompak iaitu filem Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani. Pada tahun yang sama,Ramli Sarip berpisah dengan kumpulan Sweet Charty dan menukar haluan menjadi penyanyi solo dengan album solonya yang pertama - RAMLI SARIP yang popular dengan lagu Panah Beracun. Anggota-anggota yang lain masih meneruskan kumpulan Sweet Charity,sehingga lahirnya sebuah album dengan menampilkan seorang penyanyi wanita bernama Zaitun,yang berjudul 'Sweet Charity '88'. Walaupun mereka telah lama tidak bersatu, tetapi pada tahun 1996,mereka telah melakukan 'reunion' dan bersama atas nama Sweet Charity dan yang paling masyhur sewaktu di Stadium Negara, KL. Tampil dengan irama rock sejati tetapi masih mengekalkan unsur-unsur kemelayuan sebagai contoh seperti lagu Bulat-Bulat,Jangan Tunggu Lama-Lama, Zakiah.

     
Members
PortraitRamli Sarip
perc, h *1952
PortraitRosli Mohalim
g
PortraitA. Ali
voc, g
Popular Tracks   
Kamelia on Perlarian by Sweet Charity
Teratai on Sweet Charity by Sweet Charity
Sejuta Wajah on Koleksi Lagu Lagu Terbaik by Sweet Charity
Teratai - Live on Konsert 2 Raksasa by Sweet Charity & Blues Gang
Jangan Tunggu Lama-lama on Pilihan Terbaik Sweet Charity Vol2 by Sweet Charity
Batu on Batu by Sweet Charity
Zakiah on Pilihan Terbaik Sweet Charity Vol2 by Sweet Charity
Terharu on Pilihan Terbaik Sweet Charity Vol2 by Sweet Charity
Musibah on Perlarian by Sweet Charity
Penunggu on Penunggu by Sweet Charity

Track list and 30sec audio provided by


Discography



Title Artist Year Type
Pilihan Terbaik Vol 2Sweet Charity2017Compil.
Sweet CharitySweet Charity2016Album
KoleksiSweet Charity2016Compil.
40 Tahun Bagaikan BermimpiSweet Charity2010Album
3 Dimensi Rock TerbaikSweet Charity, Blues Gang, Lefthanded2000Compil.
Pilihan Terbaik (1979-1985)Sweet Charity1992Compil.
'88Sweet Charity1988Album
Berita GempaSweet Charity1985Album
BatuSweet Charity1983Album
PenungguSweet Charity1982Album
Sejuta WajahSweet Charity1981Album
PelarianSweet Charity1980Album
Sweet CharitySweet Charity1979Album
External Links
Homepage Logo Home Page  Wikipedia Logo Wikipedia  Discogs Logo Discogs  Spotify Logo Spotify  
ArtistInfo App
ArtistInfo for iOS and ArtistInfo for Mac are presenting musicians, composers and producers that are envolved in the musical work that you are listening to in Apple Music, iTunes, or Spotify. Discover new music via the network among artists. Manage your favorite musicians and albums via iCloud and share recommendations with your friends via email, AirDrop, or Social Media.

App Store Logo     Mac App Store Logo

Acknowledgements
To all the music fans that are contributing on Discogs, MusicBrainz and Wikipedia. Thanks to Franz Flückiger for providing Storygram used to visualize band membership.
ArtistInfo for Mac, iPad, and iPhone
ArtistInfo App
Universal Link: https://music.metason.net/artistinfo?name=Sweet%20Charity%20%284%29
ArtistInfo Community
Most seen topics within ArtistInfo:

Top 10 Artists    Top 20 Albums
 
What others are currently looking for:

Recent Artists    Recent Albums

ArtistInfo Logo ArtistInfo by Metason © 2015-2020 Metason Logo